Apam beras sedap dimakan ketika panas dan sejuk. Nak sikit boleh buatla sendiri tak pun beli je yang dah siap kat pasar hehehe... resepi ni lily amik kat my resepi iaitu tuan empunya badan yang bernama qnq0910. nak tau resepi ni klik la qnq0910 tq ye sebab kongsi resepi yang mudah dan sedap ni...
nak tengok bawah ni pun boleh jugak..
Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
Cara-cara
-
masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
-
gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
-
kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
-
campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
-
biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
-
selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan
jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih
dahulu dalam 10-15minit lily guna acuan lompang je
- note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

ni la hasilnye
gebukan dan lembut jugak
No comments:
Post a Comment