rumahku

Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Saturday, September 27, 2014

Apam Dewa


Saturday, November 24, 2012

Apam Beras

Apam beras sedap dimakan ketika panas dan sejuk. Nak sikit boleh buatla sendiri tak pun beli je yang dah siap kat pasar hehehe... resepi ni lily amik kat my resepi iaitu tuan empunya badan yang bernama qnq0910. nak tau resepi ni klik la qnq0910 tq ye sebab kongsi resepi yang mudah dan sedap ni...
nak tengok bawah ni pun boleh jugak..

Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
Cara-cara
  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit lily guna acuan lompang je
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.



ni la hasilnye 

gebukan dan lembut jugak

Monday, October 29, 2012

Apam Indon

hai semua.... tiba-tiba lak teringin nak makan kuih. tapi kuih pe yerk? Jenguk dapur check barang tengok stock pe yang ade... gandum ade telur ade santan pun ade o..... bagus ni... haaa teringat kat projek tergendala nak try wat apam indon la.... resepi ni amik kt blog ni silakan klik di sini.
 Jom layan gambar..

rupa apam yang dihasilkan.. maaf ye masalah percahayaan sebab tu
nampak macam tak kena jerk tapi kalu tengok betol cantik tau hehehe adakah ini perasaanku semata-mata...
Kuih yang telah dipotong oleh pemotong tidak bertauliah iaitu abang sulong hehehe de jugak yang nak ambil bahagian..

ini lak versi dalam bekas ais krim sebab kukus dalam bekas ais krim.. nak bagi kat kakak ipar malas nak potong bagi je ngan bekas tu terus hehe memang bekas dia pun huhuhu

lebihan adunan plak letak jer dalam acuan kuih lompang yang dialas dengan kertas cawan kecil-kecil ni nampak macam hitam-hitam tu sebenarnya tabur coklat rice. Apam dalam acuan ni adik-adik lelaki lily yang kerajinan buat...

p/s: apam ni mmg sedap lain kali boleh buat lagi. Terima kasih ye my home cooking blog dengan resepi ni halalkan ye.

SALAM SAYANG BUAT SEMUA... 


jom singgah sini plak Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...